Monday, March 21, 2011

Kita + Berubah..?

"Kau dah nampak lain lah sekarang, nampak cam makin matured"

Ea? Terus terang jela. Dah makin tua. Huhu


Emm,betullah kan. Kita manusia ni akan sentiasa berubah. Dari hari ke hari. Dari tahun ke tahun. Sekejap je pulak tu. Macam tak terasa pun perpindahan masa tu. Cepat sangat2. Lebih2 lagi kalau kita sentiasa sibuk, atau sentiasa disibukkan, ataupun selalu buat2 sibuk. Kan? Pastu sedar2 je, eh, dah besaq panjang upenya! Eh, dah tua rupanya...Kan? Begitulah kehidupan..

Padanlah org kata, semakin berganjak usia, semakin banyak pengalaman yg akan kita timba, yg akan kita rasa. Macam2, susah senang semua kita rasa. Bergantung pada kita macam mana nak lalui semua tu. Kalau ada masalah pulak, bergantung pada kita macam mana nk selesaikan..Sebab kita dah besaq. Dan juga sebab pengalaman mematangkan kita. Kena pandai2 gunakan akal kurniaan Allah tuk berfikir, ke arah jalan yg betul. Kan?

Hmm, membebel je. Actually, sejak dua menjak ni selalu sangat terasa dan terperasan yg sebenarnya dah byk perubahan yg berlaku, sama ada terhadap diri, keluarga dan kawan2. Macam2. Tang emosi, tang fizikal, tang sosial..Hmm...

Kalau dulu, dengan family, kami semua susah sgt nak berinteraksi. Senang kata, tak rapat sangat pun sebenarnya. Lebih jelas lagi, masing2 tak kenal diri masing2 walaupn kami adik beradik. Ye, mungkin waktu dulu2, kite masih kecik, hingusan dan tak tahu apa2, kan? Tahu nak main je. Tahu nak suka2 je. Tapi bila dah makin besar, masing2 pun tahu apa yg boleh kami buat, apa yg kami tak perlu buat, masing2 dah mula faham diri masing2. Saya secara jujurnya mengaku, yg sy memang tak pernah rapat dgn ummi. Hatta dengan adik2 pun. Tapi bila dah semakin dewasa (konon), dah makin tau tanggungjawab. Lagi2 lepas ayah dah takde, sy kesian tengok ummi. Takde kawan nk teman kat umah. Anak2, masing2 dah duduk ostel. Dgn sy la ummi kongsi2 cerita..Hmm..

Kalau dgn kawan2, isyh. Lagi la byk perubahan yg dirasa. Aduh. Semakin cepat touching, itu perkara pertama. Haha ;p Kelakar je kan? Semua org makin sedar akan tanggungjawab masing2. Dan, satu perkara yg paling OBVIOUS ialah....tentang PERKAHWINAN!! huhu. Semua org dah lebih terbuka tuk borak2 sal mende nih. Kdg2 klakar jugak..Tapi..Heheh..sweet la korang sume..:)

Ok. Tah pape je membebel nih. Esok lusa dah nak kena pi sekolah. Aduh..Banyak takut meyh..Segan pun ada..emm..

Dah2. Nak wat asgmnt. Take care semua!



diari pengarang :

Ehem,hye. Thankz cz sudi lawat blog kite. Sy jealous dgn kamu.
(perlu ke?Tah.) =.=

Friday, March 18, 2011

The Rock is Cooking eh?

Assalamualaikum everyone!! :)

Apa khabar diri anda hari ni? Owh ya, apa khabar iman? Apa khabar fizikal dan mental? Semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja? Alhamdulillah :)

Diri yg menulis ni? Entah. hmm~

Okeh. Ops, awatnya dengan The Rock lak tuh? Tak pasal2 glamour lak kat cni..huhu. Ceq pinjam nama sat naa..Hehe

Actually, nak cite tentang MEMASAK. Siapa kat sini yg suka memasak? Angkat lappy! Huhu. Okeh abaikan. Ramai yg suka memasak an? Tau dah..Saje je tanya ;p

Ada org suka makan, tapi tak suka memasak (teman ler tuh) dan ada org lak suka memasak dan juga suka makan! Sebab tu beliau rajin memasak. Hehe. My Ummi pernah cakap, biasanya org yg badan "sihat-sihat" nih suka memasak. Kejap-kejap nk masak itu. Kejap-kejap nak masak ini. Sebab beliau nak makan. That' why la perlu masak an? Ke ada cara lain? Err..beli kat kedai? Ok. Suke ati kome lah. Huhu =.="

Tapi ada je org yg suka memasak tapi tak suka makan. Erm takpe2. Suka hati kamu semua lah. Kalau saya nak wat survey la, antara LELAKI dan PEREMPUAN, sape lagi pandai memasak? Korang rasa vote yg paling tinggi akan berpihak pd siapa? Pada lelakikah? Atau perempuankah? Atau..balance?

LELAKI : Masak cincai, tp sedap dan menjadi!
PEREMPUAN : Masak nak perfect, tp selalu tak jadi!

Eh, betui ka statement nih? Heheh. Ok, jangan guna pakai statement di atas yer. Marah org ramai t. Silap2 boleh mencetuskan pergaduhan. Huhu. Ini statement, saya je boleh pakai! Ditujukan khas untuk SAYA. :p

Pasai apa? Pasai...saya tak pandai memasak lah. Aduh. (Ok cepat2 reject awal2! Ngeh3) Okeh sila abaikan lagi. =.= Erm, bukan tak tau memasak, cuma tak puas ati la sebab tak dapat memasak sesedap UMMI dan NENEK. Huhu. Sedih sedih :(

Entah kenapa tetibe nak post entri camni. Sebab jelous dengan abang kot? Haha. Perasan tak, lelaki, kalau masak cincai tang mana sekalipun, masakan tu tetap sedap. Sebab depa masak main suka hati dan suka perut. Huhu. Yeke camtu ek? Tak pernah tanya lak mereka2 nih. Tapi jujur nih, saya puji anda yg bernama LELAKI sebab biasanya lelaki pandai memasak. Chef2 pun ramai je lelaki. Tukang masak kat kedai?Pun lelaki. Tahniah kepada anda. Okeh, cukup2la bangga tu ek? hehe

Tapi biasanya, lelaki ni suka memasak je. Tak suka kemas2. Haiyaa. Dah masak sodap2 tu ekau boleh pulak tinggalkan segala perkakas camtu je. Huhu. Eden jugak ler yg kena kemas. Takpe2. Small matter la der. :p

Ok la. Malas nk membebel lagi. Letih.

Kesimpulannya, abang, thankz ek cz ko masak memang sedap! Heheh
(Tak memasal. Huhu)




diari pengarang : Bila lagi nak glamourkan ko kalau bukan di sini. Cehh. =.=

Tuesday, March 15, 2011

Perlu ke??

Salam sejahtera buat semua!

Hmm, lama lak stop blogging. Entah nape?
Skali lagi, lack of idea, maybe?
Owh tak tak. Saya hanya nak bg laluan pd bloggers lain tuk terus berblogging dgn jayanya tnpa adanya saya. Err, sebenarnya itu pun bukan alasannya. Huhu.

"Entah."
My best answer.
=.="

Okeh, currently, sy sdg bercuti di rumah. Alhamdulillah, dpt gak pulang bercuti dgn selamat setelah diasak dgn beban tugasan yg sebenarnya sedikit tp jd byk sbb wat last minute tu. Huhu.

Kelakar lak bila teringat balik.
Sebelum cuti hari tu, if de sapa2 tanya,
"Kak, bila balik?"
"Nad, ko bile balik?"
"Nadia balik bile?"
Jawapan sy yg paling popular,
"Entahla..Tak sempat pk nk balik pon..Sob3.."

Haha. Okeh, tu semua gara2 asgmnt!

Tapi jgn salahkan asgmnt tuh. Salahkan diri sy sendiri sbb MALAS sgt nak wat kerja. Bajet kerja lain byk sgt la kot? Huhu. Cemburu sangat3 bila tgk dak unit lain rileks je mggu nk balik kg tu. Sedih pun ada. Tp apakan daya. Sob3..

Actually, bila kami reflek balik,mybe mggu sebelum tu hari2 kami de dscussion, presentation, dll, yg membuatkan kami tak punya masa tuk uruskan asgmt yg ada tuh. Mungkin jugak an? But,still..That's not an excuse!! Huhu. Camna la nk jd student cemerlang if tak dpt nk urus masa dgn baik? Isyh3..

Okeh, let bygone be bygone, and let's make it as a lesson for the future! ;p

Sebenaqnya ceq tak tau nk bebel pa. Biasala. Ilmu kurang.
Asyik duk berangan ja. Mana ilmu nk masuk. Isk2..

Minggu depan nak pi PBS @ SBE kat sekolah.
That acronyms are stand for :
PBS = Pengalaman Berasaskan Sekolah
SBE = School Based Experience

Sama je dua2 nih. Bahasa je lain2. Tak sabar rasanya nak pi skolah! Sekolah rendah I dolu-dolu tuh.. Isyh, sogannya den. Cikgu2 zaman saya dulu pun masih ada lgi kat sana. Cikgu yg sy geruni pun masih lg kat sana. Aduihh..Cikgu, maafkan daku yer..Hehe. Maklumla, dak nakal takmo wat kerja skolah. Asyik kena tampaq ja. Sob3. Padan muka kau.

Tp cian la pulak tgk skolah. Rindu suasana dulu2. Sekarang skolah da lain. Dan pembangunan tak terancang. Eh,bukan tak terancang, tp manusia hanya merancang, Tuhan yg menentukan. Huhu. Dah berapa lama bgunan 4 tingkat tu dibina. Tak siap2 lagi smpai sekarang. Hari tu masuk skolah sat, tengok2 kawasan skolah. Sedih bila tgk byk kwsn terbiar, semak sana-sini kat tempat bgunan baru tu nak didirikan. Hmm, sabar ye adik-adikku, msti bising an kat sana. Nak study pun susah cz terpaksa pekakkan telinga drpd segala pencemaran bunyi tuh. Hmm...

Opss, sorry taw. Bukan nak mengata, hanya nk bercerita dan meluah segala..Huhu ..Sebab tak tau nk cite pe. See? Cara menulis pon tak ilmiah. Nampak sgt menulis tak bertujuan. Sorry la kpd sesiapa yg sudi membaca or yg dah terbaca tu. Huhu

Ok. Hanya setakat ini.
Wassalam~


Perlu cas fizikal dan mental secukupnya!






Tuesday, March 8, 2011

Hebatnya Kuasa Cinta!

Alhamdulillah.
Masih lagi bernafas.
Walaupun sedang diasak dengan timbunan beban kerja dan masalah.
Ceh, macam teruk sangat je...=.="

Allah tak akan membebankan seseorang dengan beban yg tak mampu ditanggung oleh seseorang itu, melainkan setaraf dengan tahap kemampuan dia utk menghadapi beban tersebut.

Sebenarnya byk je perkara yg mudah. Tapi bila fikiran mengatakan susah, maka tindakannya pun jadi payah! Kan?

Alhamdulillah jugak, td diizinkan Allah utk hadir ke Kuliah Maghrib dan penceramah hari ni ialah Ustaz Bakri. Rindu sungguh! :') Kebetulan, sy terlewat sikit dtg ke Balai Islam kami. Sampai2 je, ustz Bakri kata camni :

" Kalau takdak rasa cinta, rasa sayang, tak mungkin kamu boleh duduk di sebelah kawan kamu, ya dak? Tanpa rasa sayang, tak mungkin la kamu boleh mesra-mesra dengan kawan tu. Kan?"

Subhanallah. Hebat kan kuasa cinta? Sebab itulah cinta adalah anugerah. Anugerah yg hebat dr Yang Maha Memberi. :)

Nak tahu BUKTI KASIH SAYANG ALLAH kepada hamba-Nya?
Siapa hamba ALLah tu?
Kita la.. :)

BUKTI KASIH SAYANG ALLAH KPD HAMBA-NYA

Allah tak segerakan hukuman di dunia supaya kita sempat bertaubat sewaktu di dunia.

Allah sentiasa menerima dan membuka pintu taubat.

Allah menggandakan ganjaran dan memberi kurniaan yg besar bg setiap amalan yg kita lakukan biarpun amalan itu sekecil zarah.

Kebanyakan nama Allah mengandungi makna rahmat.

Allah sangat menggalakkan hamba-Nya berdoa kepada-Nya kerana Allah tak kedekut dan tak berkira utk mengkabulkan permintaan hamba-Nya.


Subhanallah!
Besar sungguh kasih dan sayang Allah kepada hamba-Nya!
Tapi kita bagaimana?
Fikir-fikirlah~


Okeh, alhamdulillah juga, sebab pada tanggal 6 Mac sy telah berjaya memiliki sebuah kamera digital. Wahh! Cam tak caya. Tapi oleh sbb dah lama usha kamera ni, takut lak kalau tido mengigau-igau t. So, alang2 dah ada PC Fair kat Muar, teman angkat je satu. Huhu.

Syukran jazilan buat abgku yg halal, tolong jd driver bertauliah hari tu. Dan terima kasih buat Aqil yg bucuk, sbb teman abg. Hehe. Aduii..rinduunyee kat budak kecik tuh. Nak balik rumah!! T_T ..Terima kasih yg tak terhingga jugak buat Syafiqah dan Anis, sudi berjalan sekali ke Muar, dan ajak lunch kat umah. What a precious moment!! :)

Tak mau dah membebel lagi. Jom tengok pic. ;p

Sangat suka pic ni!!! Smart! :)



Aqil yg bucuk!! :p



Dapat tripod, dan pertama kali jumpa tripod stand yg berbentuk camni.
Jakun sebentar. =.="



Test fokus. Cantek la!! :) Suka!



Keberangkatan pulang Abg dan Aqil. Nak balik umah jugak!!! Sob3..



Okeh. Sekian sahaja utk setakat ini. Wassalam!~



Diari pengarang :

Update blog didahulukan, assignment diutamakan??!!...Hehe
Okeh. Sambung wat asgmnt. =.=


Thursday, March 3, 2011

~✿ Akak, Saya, Kita ✿~

Assalamualaikum!

Hah, sila jawab tau. Sebab, semalam waktu mendengar kuliah dr Ustzh Salbiah, sy terbaca sebaris ayat drpd buku "50 Wasiat Rasulullah utk Wanita" yg berbunyi begini :

Seseorang yg disampaikan salam kepadanya yg berbentuk tulisan, HARUS baginya menjawab salam tersebut sesudah shj ia membacanya.

Faham tak? Makna kata, kalau ada kwn sms ke, bg surat ke, tulis2 la kat mana2 pun, tak semestinya kita akan taip "wa'alaikumussalam" kembali, tapi kita HARUS jawab salam yg disampaikan tu dgn lafaz. Alhamdulillah! Dah berkongsi sesuatu! :)

Eh, tp betulkan ye andai sy tersilap.

Okeh, jom masuk tajuk pulak. Selalunya kan, apa kata ganti nama diri yg kamu semua gunakan utk membahasakan diri kamu sewaktu berkomunikasi dgn org lain?

I?
Saya?
Kita?
Aku?
Akak?
Along?
Nama sendiri?
dll?

Okeh, terpulanglah pd kita utk menggelar diri sendiri sbg siapa di hadapan org lain. Dan semestinya kata ganti nama diri kita tu sesuai dgn keadaan, masa, tempat, dan dengan org yg dilawan bercakap. I mean, org yg sedang berkomunikasi dgn kamu itu.

Bukan apa. Post ni hanya utk refleksi diri. Saya jujur ni, tak pandai la nk bahasakan diri sbg apa dalam certain keadaan. Haisyh. =.="

Biasanya dgn kawan2 yg rapat, sy gunakan "aku" je. Mungkin org akan nmpk cam kasar, tp sebenarnya itulah tanda mesra. Ye dak? :)

Kalau dengan akak2 atau org yg lebih tua, kadang2 gunakan "kite", atau "saya". Maklumlah, sopan la kot? ;p Eh jap. Kalau dgn abg2, entah la yer? "Saya" kot? Agak2 perlu berkasar sikit, "aku" je. Kalau dengan org tua, saya selesa gunakan "saya". Kot?? Kalau dengan makcik2 kt kg saya tu, entahla. Tak tau nak guna apa. "Saya", macam skema sgt. haha. Selalu la pilih "kite" sebagai kata ganti nama diri yg selamat. hehe. Huh.

Dengan adik2 pulak, I mean, my junior, wahh..Saya tak pandai bahasakan diri sbg "akak" ! Sorry to say, but this's my weakness! Huhu. Entah nape la ye? Malu kot? Sy segan la kamu semua. Sepatutnya seorang akak ni merupakan seorang yg layak kamu jadikan contoh. Tapi saya? Huh. Tah la. Speechless. Adakah kerana ego, sy jadi begini? Aduhh~

Emm, tu je. Sampai bila agaknya sy akan guna "kite" nih? Takkan da tua nanti, da umur 30++ nanti pun nak guna "kite" lagi? Hehe.

Takpe2. I don't think so. Mungkin dan boleh jadi, pengalaman akan mematangkan kita. Usia yg bertambah bukan satu halangan, sebenarnya merupakan satu pemangkin utk mencedok lebih banyak pengalaman. Kan? :)

Dan saya percaya, suatu hari nanti, saya akan bahasakan diri saya sbg "akak" dgn org2 yg lebih muda dr saya. Mungkin kan? Hehe.


Ok. Gambar ni takde kena-mengena dgn tajuk.
Saja berangan. Haha. =.="



diari pengarang :

Post ni special tuk seorang budak ni. Dy siyes tak suka sy bahasakan diri "kite" dgn dy. Haha ;p Maaf ye dik! :)

LinkWithin

Lazada Malaysia